Isnin, 29 Julai 2013

DOA MALAM LAILATUL QADAR (RUMI)

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

ALLAHUMMA INNAKA AFUWWUN TUHIBBUL AFWA FA FU ANNI

(YA ALLAH ENGKAU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA MENCINTAI,ORANG YANG MEMINTA AMPUNAN. MAKA AMPUNILAH AKU)

Ahad, 21 Julai 2013

SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Salasilah keturunan Nabi
Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk "Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim.

Berikut merupakan kronologi salasilah keturunan berikut diterangkan penama- penama yang merupakan atuk moyang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW:

Nabi Muhammad s.a.w. (Muhammad bin Abdullah)

Abdullah bin Abdul Muttalib

Abdul Mutallib bin Hashim

Hashim bin Abdul Manaf

Abdul Manaf bin Qusai

Qusai bin Kilab

Kilab bin Murrah

Murrah bin Kaab

Kaab bin Luay

Luay bin Ghalib

Ghalib bin Fahr

Fahr bin Malik

Malik bin An-Nadr

An-Nadr bin Kinanah

Kinanah bin Khuzaimah

Khuzaimah bin Mudrikah Mudrikah bin Elyas

Elyas bin Mudar

Mudar bin Nizar

Nizar bin Ma'ad

Ma'ad bin Adnan

Adnan bin Add (diriwayatkan merupakan Pemerintah Pertama bagi kota suci Makkah)(lahir tahun 122 SM)

Add bin Humaisi

Humaisi bin Salaman

Salaman bin Aws

Aws bin Buz

Buz bin Qamwal

Qamwal bin Obai

Obai bin Awwam

Awwam bin Nashid

Nashid bin Haza

Haza bin Bildas

Bildas bin Yadlaf

Yadlaf bin Tabikh

Tabikh bin Jahim

Jahim bin Nahish

Nahish bin Makhi

Makhi bin Ayd

Ayd bin Abqar

Abqar bin Ubayd

Ubayd bin Ad-Daa

Ad-Daa bin Hamdan

Hamdan bin Sanbir

Sanbir bin YathRabi

YathRabi bin Yahzin

Yahzin bin Yalhan

Yalhan bin Arami

Arami bin Ayd

Ayd bin Deshan

Deshan bin Aisar/Aizar

Aisar bin Afnad

Afnad bin Aiham

Aiham bin Muksar

Muksar bin Nahith

Nahith bin Zarih

Zarih bin Sani

Sani bin Wazzi

Wazzi bin Adwa'

Adwa' bin Aram

Aram bin Haidir

Haidir bin Ismail (anak Nabi Allah Ismail) (dipanggil Kedar dalam Injil Kristian)

Ismail bin Ibrahim (Ishmael bin Abraham) (Nabi Ismail a.s. )

Ibrahim bin Azar ( Nabi Ibrahim a.s. )

Nota tambahan: Periwayatan tentang salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW adalah mengikut maklumat yang diperolehi dari hadis-hadis, ahli Ilmuan Islam, pakar-pakar Sejarawan. Nama betul mereka berdasarkan ejaan dalam bahasa Arab, Bahasa Aram ataupun Bahasa Ibrani.

SAINTIS AKUI CARA TIDUR NABI MUHAMMAD BAGUS UNTUK KESIHATAN

TEMPOH TIDUR

Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari.
kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi
golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

AMALAN SEBELUM TIDUR

Berwuduklah sebelum tidur Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

LARANGAN CARA TIDUR
Islam melarang tidur secara meniarap “Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki. Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

SAINTIS MENGAKUI
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher. Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher. Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda. Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar. Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

QADA DAN QADAR

Qada Dan Qadar

Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.

Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.

ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud: Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib. (Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud: Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib. (Surah al-Anaam: ayat 59). Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

ANTARA BENTUK KETAATAN
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: ayat 186).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).

KONSEP QADA DAN QADAR Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah: - Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini. - Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini. - Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala. - Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

PERINGATAN
Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila disebut tentang qadar maka diamlah… (Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

PENUTUP
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci

KISAH DI SEBALIK SOLAT 5 WAKTU

Kisah rahsia di sebalik solat 5

waktu. Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : " Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab." Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya."

Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami
tentang 5 waktu wajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu. Muhammad,

katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Sabda Rasullullah S.A.W. Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.

Sabda Rasullullah S.A.W. Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan dari nifaq. Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:"Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).

Sabtu, 20 Julai 2013

MAKNA KALIMAH SYAHADAH

APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???

AKU BERSAKSI...PENJELASAN AQIDAH DARI DUA KALIMAH SYAHADAH Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka. Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah: ﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃ َﻻ َﻪَﻟِﺇ َّﻻِﺇ ُﺪَﻬْﺷَﺃَﻭ ُﻪﻠﻟﺍ ﺍًﺪَّﻤَﺤُﻣ َّﻥَﺃ ُﻝﻮُﺳَﺭ ِﻪﻠﻟﺍ Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”. Perhatian: Lafaz ashhadu (ﺪﻬﺷﺃ) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:
1. (ﻢﻠﻋﺃ) yakni “aku mengetahui”, 2. (ﺪﻘﺘﻋﺃ) yakni “aku mempercayai” dan
3. (ﻑﺮﺘﻋﺃ) yakni “aku mengiktiraf”. Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam. Makna Kalimah Syahadah Pertama: ُﺪَﻬْﺷَﺃ َﻻ ﻥَﺃ َّﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ ُﻪﻠﻟﺍ “Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”. Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al- Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar) , Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata). Makna Kalimah Syahadah Kedua: ُﺪَﻬْﺷَﺃ ﺍًﺪَّﻤَﺤُﻣ َّﻥَﺃ ُﻝﻮُﺳَﺭ ِﻪﻠﻟﺍ “Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara- perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al- Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam. HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA: Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam. Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan i`tiqad yang benar lagi utuh. Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (ﺪﻬﺷﺃ) untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab. Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab al-Imam al-Syafi`e. Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih. Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah adalah wajib dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah. Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar. Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka. Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham. ُﻡْﺰَﺠْﻟﺍ ُﺝَﺮْﺨُﻳ :ُﻪْﻨِﻣ ,ُّﻚَﺸْﻟﺍ ُﻢْﻫَﻮْﻟﺍ ,ُّﻦَﻈْﻟﺍ . Al-Jazm dikeluarkan daripadanya : Syak (ragu-ragu), Zan (melebihi percaya daripada tidak), Waham (melebihi ketidakpercayaan daripada percaya). ٌﻖِﻓﺍَﻮُﻣ ِّﻖَﺤْﻠِﻟ ُﺝَﺮْﺨُﻳ :ُﻪْﻨِﻣ ٌﻞِﻫﺎَﺟ ,ٌﻂِﺳﺎَﺑ ٌﻞِﻫﺎَﺟ ٌﺐَّﻛَﺮُﻣ Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit (tidak mempunyai pengetahuan sama sekali), jahil murakkab (jahil yang tersusun iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil) ْﻦَﻋ :ٍﻞْﻴِﻟَﺩ ْﻱَﺃ َﺲْﻴَﻟ ﺍًﺪْﻴِﻠْﻘَﺗ Daripada dalil: tidak boleh bertaqlid. Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa belajar dan apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat mengeluarkan dalil dalam perkara yang berkaitan dengan akidah. Ø Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada orang yang tidak betul iaitu golongan yang terkeluar dari landasan akidah yang sahih walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman. Ø Sekiranya seseorang itu berbertaqlid (mengikut) kepada orang yang beraqidah sahih iaitu yang berada di atas landasan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Hukumnya terbahagi kepada tiga: 1. Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus), maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu berdosa walaupun beriman. Ini pendapat yang muktamad. 2. Tidak dikira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam sekalipun. Ini pendapat yang dhaif. 3. Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam, maka dirinya tidak dikatakan sebagai beriman walaupun yang diikutinya itu adalah orang yang sahih aqidahnya. Kesimpulannya, syarat untuk mengenal Allah ada empat: Tahu dengan belajar (talaqqi). Yakin dengan keyakinan yang jazam (putus). Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Besertakan dalil iaitu dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma` ulama` dan qias.

Khamis, 18 Julai 2013

HUKUM BERSUCI

HUKUM BERSUCI

Daripada Umar bin Al- Khathab berkata ia: "Telah aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda :"bawasanya segala amal itu dengan niat dan bagi tiap-tiap barang apa yang di niatnya. Maka barang siapa ada perpindahannya kepada Allah dan Rasulnya,maka perpindahannya adalah untuk Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa ada perpindahannya kerana dunia yang mendapatkan ia akan dia atau perempuan ;yang dinikahnya akan dia maka perpindahannya kepada barang-barang yang berpindah kepadanya(."Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

BAB THAHARAH TIADA DITERIMA SEMBAHYANG DENGAN KETIADAAN SUCI DARIPADA RASULULLAH SAW SABDANYA; "TIADA DITERIMA SEMBAHYANG DENGAN KETIADAAN BERSUCI,DAN TIADA SEDEKAH DARIPADA PERBUATAN KHIANAT'(AISYAH WA AHSAN) BERMULA SEGALA BAB BERSUCI INILAH DARIPADA RASULULLAH SAW IAITU BERMULA MAKNA 'THAHARAH ITU PADA LUGHAH IALAH SUCI DAN BERSIH. KELEBIHAN BERSUCI ; "DIRIWAYATKAN DARIPADA ABI HURAIRAH,KATANYA;TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW;'APABILA MENGAMBIL WUDHUK SEORANG HAMBA ALLAH YANG MUSLIM ATAU MU"MIN MAKA MEMBASUH IA AKAN MUKANYA NESCAYA KELUAR DARIPADA MUKANYA SEKALIAN KESALAHANNYA YANG MEMANDANG IA KEPADANYA DENGAN DUA MATANYA ITU DAN DIDENGAR DUA TELINGANYA DAN SEBAGAINYA,SERTA AIR ATAU SERTA AKHIR TITIK AIR(SYAK RAWI) ATAU SEUMPAMANYA DALAM HUKUM ISLAM SOAL BERSUCI DAN SEGALA SELUK-BELUKNYA ADALAH TERMASUK BAHAGIAN ILMU DAN AMALAN YANG PENTING TERUTAMA KERANA DIANTARA SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG TELAH DITETAPKAN BAHAWA SESEORANG YANG AKAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG WAJIB SUCI DARI HADAS DAN SUCI PULA BADAN PAKAIAN DAN TEMPATNYA DARI NAJIS. FIRMAN ALLAH SWT; "SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG- ORANG YANG BERTAUBAT DAN IA MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SUCI BERSIH,(BAIK DARI KOTORAN JASMANI ATAUPUN KOTORAN ROHANI) AL-BAQARAH 222 .

URUSAN BERSUCI MELIPUTI BEBERAPA PERKARA YANG BERIKUT;

A. ALAT BERSUCI,SEPERTI AIR,TANAH DAN SEBAGAINYA

B. KAIFIAT (CARA BERSUCI)

C. MACAM DAN JENIS-JENIS NAJIS YANG PERLU DISUCI.

D. BENDA YANG WAJIP DISUCI

E. SEBAB-SEBAB ATAIU KEADAAN YANG MENYEBABKAN WAJIB BERSUCI .

BERSUCI ADA DUA BAHAGIAN;

1. BERSUCI DARI HADAS.BAHAGIAN INI TERTENTU DENGAN BADAN,SEPERTI MANDI,MENGAMBIL WUDHUK DAN BERTAYAMMUM

2. BERSUCI DARI NAJIS; BAHAGIAN INI BERLAKU PADA BADAN,PAKAIAN DAN TEMPAT.

MACAM-MACAM DAN PEMBAHAGIAN AIR;

1. AIR YANG SUCI DAN MENYUCIKAN;AIR YANG DEMIKIAN BOLEH DIMINUM DAN SAH DIPAKAI UNTUK PENYUCIAN BENDA YANG LAIN ,IAITU AIR YANG JATUH DARI LANGIT ATAU TERBIT DARI BUMI DAN MASIH TETAP (BELUM BERUBAH) KEADAANNYA ,SEPERTI;AIR HUJAN,AIR LAUT,AIR SUMUR,AIR AIS YANG SUDAH HANCUR KEMBALI,AIR EMBUN DAN AIR YANG KELUAR DARI MATA AIR. "DITURUNKANNYA AIR BAGIMU DARI LANGIT,SUPAYA KAMU BERSUCI DENGANNYA.(AL- ANFAL1) 'DARI ABU HURAIRAH,BERKATA BELIAU;TELAH BERTANYA SEORANG LAKI-LAKI KEPADA RASULULLAH SAW,''YA RASULULLAH KAMI BELAYAR DILAUT DAN KAMI HANYA MEMBAWA AIR SEDIKIT,JIKA KAMI PAKAI AIR ITU UNTUK BERWUDHUK KAMI TAK DAPAT MINUM;'BOLEHKAH KAMI BERWUDHUK DENGAN AIR LAUT? 'JAWAB RASULULLAH SAW; ''AIR LAUT ITU SUCI LAGI MENYUCIKAN,BANGKAINYA HALAL DMAKAN;RIWAYAT LIMA AHLI HADITS;MENURUT KETERANGAN TIRMIDZI HADIS INI HASAN SAHIH. TATKALA NABI DITANYAI TENTANG BAGAIMANA HUKUMNYA SUMUR ;..BUDHA"AH' BELIAU BERKATA; 'AIRNYA TAK DINAJISI SESUATU APAPUN '(RIWAYAT AHMAD DAN TIRMIDZI) PERUBAHAN AIR YANG TIDAK MENGHILANGKAN KEADAANNYA ATAU SIFAT SUCI-MENYUCIKAN BAIK PERUBAHAN ITU PADA SALAH SATU SIFATNYA SEMUA SIFAT-SIFATNYA YANG TIGA WARNA ,RASA DAN BAUNYA ADALAH BERIKUT;

A. BERUBAH DENGAN SEBAB TEMPATNYA,SEPERTI AIR YANG TERGENANG ATAU MENGALIR DIBATU BELERANG.

B. BERUBAH KERANA TERLETAK SEPERTI AIR KOLAM

C. BERUBAH KERANA SESUATU YANG TERJADI PADANYA SEPERTI BERUBAH DAENGAN SEBAB IKAN ATAU KIAMBANG.

D. BERUBAH DENGAN SEBAB TANAH YANG SUCI,BEGITU JUGA SEGALA LPERUBAHAN YANG SUKAR MEMELIHARANYA SEPERTI BERUBAH OLEH SEBAB DAUN-DAUNAN YANG JATUH DARI POHON- POHON YANG BERDEKATAN DENGAN SUMUR ATAU TEMPAT-TEMPAT AIR ITU.

2. AIR SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN; AIR SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN BERARTI ZATNYA SUCI TETAPI TIDAK SAH DIPAKAI UNTUK MENYUCI SESUATU;TERMASUK DALAM BAHAGIAN TIGA MACAM AIR;

A. AIR YANG TELAH BERUBAH SALAH-SATU SIFATNYA DENGAN SEBAB BERCAMPUR DENGAN SESUATU BENDA SUCI SELAIN DARIPADA PERUBAHAN YANG TERSEBUT DIATAS;SEPERTI AIR KOPI,TEH DAN SEBAGAINYA.

B. AIR SEDIKIT BERARTI KURANG DARI DUA QULLAH(1)SUDAH TERPAKAI UNTUK MENGANGKAT HADAS ATAU MENGHILANGKAN HUKUM NAJIS,SEDANG AIR ITU TIDAK BERUBAH SIFATNYA DAN TIDAK PULA BERTAMBAH TIMBANGANNYA.

C. AIR POHON-POHONAN ATAU AIR BUAH- BUAHAN SEPERTI AIR YANG KELUAR DARI TAKUKAN POHON KAYU(AIR NIRA),AIR KELAPA DAN SEBAGAINYA.

3. AIR YANG BERNAJIS.AIR YANG MASUK BAHAGIAN ;INI ADA DUA MACAM;

A. SUDAH BERUBAH SALAH SATU SIFATNYA DENGAN NAJIS,AIR INI TIDAK HARUS DIPAKAI LAGI,BAIK AIRNYA SEDIKIT ATAUPUN BANYAK,HUKUMNYA BERNAJIS.

B. AIR BERNAJIS TETAPI TIDAK BERUBAH SALAH- SATU SIFATNYA,AIR INI KALAU SEDIKIT,BERARTI KURANG DARI DUA QULLAH TIDAK BOLEH DIPAKAI LAGI,MALAH HUKUMNYA SAMA DENGAN NAJIS.TETAPI KALAU AIR ITU LEBIH DARI DUA QULLAH ATAU LEBIH HUKUMNYA TETAP SUCI DAN MENYUCIKAN. SABDA RASULULLAH SAW;' "AIR ITU TAK DINAJISI SESUATU;KECUALI APABILA BERUBAH RASANYA ATAU WARNANYA ATAU BAUNYA''RIWAYAT LIMA AHLI HADIS'

4. AIR YANG MAKRUH DIPAKAI[YAITU YANG TERJEMUR PADA MATAHARI DALAM BEJANA SELAIN BEJANA EMAS ATAU PERAK,AIR INI MAKRUH DIPAKAI UNTUK BADAN,TIDAK UNTUK PAKAIAN,TERKECUALI AIR YANG TERJEMUR DITANAH SEPERTI AIR SAWAH,AIR KOLAM DAN TEMPAT-TEMPAT YANG BUKAN BEJANA YANG BERKARAT. ;DARI AISYAH;SESUNGGUHNYA IA TELAH MEMANASKAN AIR PADA CAHAYA MATAHARI MAKA BERKATA RASULULLAH SAW KEPADANYA;'JANGAN LAH ENGKAU BUAT DEMIKIAN;'YA AISYAH,SESUNGGUHNYA AIR YANG TERJEMUR ITU DAPAT MENIMBULKAN PENYAKIT SOPAK (KULIT)'RIWAYAT BAIHAQI.

DOA DAN CARA MANDI WAJIB

CARA MANDI WAJIB

Sebagai seorang Islam kita harus mengetahui cara-cara mandi wajib .Seseorang yang hendak mendirikan solat lima waktu itu tidak semesti mandi dahulu cukup lah dengan berwudhuk dan suci serba serbi dari najis tetapi yang mewajibkan kita mandi adalah kerana sebab sebab berikut.Dan tidak sah solat jika belum mengerjakannya.

SEBAB PERLUNYA MANDI WAJIB

1.Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar hingga terbenam kedalam faraj

2.Keluar mani walau pun sedikit(bermimpi keluar mani atau bersetubuh

3.keluar haidh bagi perempuan

4.wiladah(ia itu sejurus selepas melahirkan)

5.keluar darah nifas selepas bersalin dan diwajib mandi setelah berhenti darah tersebut. Mati (melainkan mati syahid)

RUKUN MANDI WAJIB ADA TIGA

1.NIAT

2.MENGHILANGKAN NAJIS DIBADAN SAMAADA YANG JELAS(AYNI) ATAU YANG KURANG JELAS (HUKMI)

3.MENYAMPAIKAN SELURUH AIR DIBADAN DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI KEHUJUNG KAKI. JENIS

NIAT MANDI WAJIB;

MANDI DISEBABKAN HAID/HADAS BESAR:
"SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TA'ALA
"SAHAJA AKU MANDI DARIPADA HAID KERANA ALLAH TA'ALA

MANDI DISEBABKAN JUNUB,KELUAR MANI; "SAHAJA AKU MANDI JUNUB KERANA ALLAH TA'ALA

MANDI DISEBABKAN KELUARNYA DARAH NIFAS;
"SAHAJA AKU MANDI DARIPADA NIFAS KERANA ALLAH TA'ALA

(SEELOK-ELOKNYA MEMAHAMI DALAM BAHASA ARAB DAN MAKNA DALAM BAHASA RUMI.)
SUNAT KETIKA MANDI WAJIB:

MENGADAP KIBLAT
MEMBACA BASMALAH
MEMBASUH DUA TELAPAK TANGAN MENGAMBIL WUDHUK SEBELUM MANDI MENGOSOK DAN MEMBERSIH SELURUH ANGGOTA BADAN DENGAN TANGAN BERTURUT-TURUT(MUWALAT)TANPA PUTUPUTUS TERTIB DENGAN MENDAHULU PERKARA YANG HARUS DIDAHULUKAN MEMBASUH SEBANYAK 3 KALI BERTURUT -TURUT

CARA MANDI WAJIB;

BERSIHKAN TUBUH DAN HILANGKAN SEGALA KEKOTORAN YANG MENGHALANG AIR SAMPAI KE SELURUH BADAN SEMASA KITA MANDI. SETELAH SELESAI MANDI BIASA DISUNATKAN BERWUDHUK TERLEBIH DAHULU SEBELUM MANDI WAJIB. TETAPI TIDAK PERLU MEMBASUH KAKI KETIKA BERWUDHUK KERANA AKAN DILAKUKAN KEMUDIAN DI WAKTU AKHIR MANDI' PERKARA INI HANYA SUNAT DAN TIDAK MENGAPA JIKA TERLUPA DUDUK BERTINGGUNG BAGI YANG BERKEMAMPUAN INI BERTUJUAN MEMBUKA SEMUA ANGGOTA ZAHIR DAN MEMUDAHKAN AIR SAMPAI KEBAHAGIAN YANG SULIT SEPERTI QUBUL DAN DUBUR. JIKA BERDIRI PUN BOLEH ASAL AIR SAMPAI KESELURUH TUBUH SEMASA MANDI. NIAT DAHULU SEBELUM MANDI WAJIB BAGI SESIAPA YANG TIDAK PANDAI BAHASA ARAB BOLEH DALAM BAHASA MELAYU. SUNAT DIMULAKAN DISEBELAH KANAN KEMUDIAN DIIKUTI SEBELAH KIRI. MULAKAN MANDI WAJIB DENGAN MENGALIRKAN AIR YANG MUTLAK DISALAH SATU ANGGOTA BADAN KANAN DAN DISERTAKAN NIAT MANDI HADAS . HENDAKLAH MENGGOSOK ANGGOTA YANG ZAHIR SEPERTI ; RAMBUT KEPALA TELINGA HIDUNG MATA MULUT TENGKUK KETIAK TANGAN JARI KUKU BADAN PUSAT QUBUL DUBUR KAKI DAN SEMUA PELIPAT ANGGOTA BADAN. AKHIR SEKALI BASUH KAKI SEBAGAI PENYUDAH KERANA SEMASA AWAL MENGAMBIL WUDHUK KITA TIDAK MEMBASUH KAKI.

1. KELUAR HAID ;NIFAS ATAU MERANGKUMI SEMUA HADA BESAR.
(DIBACA DENGAN NIAT YANG DIBAWAH.
NAWAITU RAFA'AL HADHASIL AKBAARI LILLAHI TA'ALA; "SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TA'ALA

2.MANDI SELEPAS BERSIH DARI HAIDH;
NAWAITU RHASLA AINIL HAIDHI LILLAHI TA'ALA "SAHAJA AKU MANDI DARIPADA HAID KERANA ALLAH TA'ALA

3.KERANA JUNUB ATAU KELUAR MANI
NAWAITU RHOSLA AINIL JANABATII LILLAHI TA'ALA "SAHAJA AKU MANDI JUNUB KERANA ALLAH TA'ALA

4.KERANA NIFAS NAWAITU RHOSLA AINIL NIFASLI LILLAHI TAALA "SAHAJA AKU MANDI DARIPADA NIFAS KERANA ALLAH TA'ALA.