Sabtu, 7 Oktober 2017

Kunci doa dan adab berdoa

Kunci doa dan adab berdoa

KUNCI DOA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Berdoa itu adalah ibadat, seluruh ibadat syarat-syaratnya "ISLAM" seseorang bisa di akui sah Islamnya apabila sudah ikrar membaca dua kalimah syahadah 

Ashadu an laa ilaaha illallah, wa asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Ertinya:
Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi nabi Muhammad saw utusan Allah.

Oleh kerana itu sebelum berdoa hendaklah membaca dua kalimah syahadah tersebut.dan untuk memulai segala sesuatu jangan lupa membaca.
Bismillahirrahmanirrahim.

ADAB BERDOA

Pada waktu mengemukakan permohonan atau doa kepada Tuhan. Hendaklah disertai dengan adab berdoa antara lain ialah.


  1. Membaca Shadat dan taubat dahulu
  2. Merendahkan diri, bertekun, penuh rasa cinta dan takut.
  3. Meneguhkan hati bahawa doanya pasti dikabulkan Allah.
  4. Bersungguh-sungguh, dan sedikit diulang tiga kali (doanya).
  5. Melemahkan suaranya.
  6. Menghadap ke kiblat, sambil mengangkat kedua tangan.
  7. Meneliti waktu malam ijabah, misalnya hari Arafah, bulan Ramadhan, dan hari Jumaat, atau sesudah shalat tengah malam.
  8. Pada waktu yang mulia, misalnya sedang perang. Pada waktu sembahyang yaitu antara azan dan iqamah, tengah berpuasa, ketika susah, kerana sakit atau dianiaya.
  9. Doa tidak di lakukan (bersahaja)
  10. Dimulai dan di akhiri dengan Alhamdulillah dan selawat.




1 ulasan: