Kisah rahsia di sebalik solat 5
waktu. Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : " Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab." Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya."
Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami
tentang 5 waktu wajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda Rasullullah S.A.W. Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu. Muhammad,
katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah S.A.W bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
Sabda Rasullullah S.A.W. Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.
Sabda Rasullullah S.A.W. Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan dari nifaq. Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:"Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan